
Mangsa yang juga murid Sekolah Kebangsaan Taman (SK) Tun Teja melaporkan didatangi seorang lelaki ketika baharu saja keluar dari sekolah.
Memetik laporan Berita Harian, kejadian berlaku pada 5.50 petang, apabila mangsa didatangi lelaki yang cuba menutup mulutnya.
Dalam laporan polis dibuat ibunya, menyatakan lelaki itu cuba menutup mulut anaknya, namun kanak-kanak itu sempat menggigit tangan lelaki terbabit.
Sebelum kejadian, murid tersebut dikatakan mahu membeli aiskrim berhampiran sekolahnya, namun secara tiba-tiba tangannya dipegang oleh seorang lelaki tidak dikenali.
Dalam laporan itu juga, mengatakan lelaki berkenaan kemudian melarikan diri menaiki sebuah van berwarna putih.
Sementara itu, Ketua Polis Gombak Zainal Mohamed Mohamed, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan masih dijalankan.
Beliau berkata, kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat, hari ini, berhubung siasatan terperinci kes berkenaan.
“Polis meminta mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian yang dilaporkan sehingga siasatan selesai dilakukan,” katanya.