Jangkitan Covid-19 naik kepada 1,552 kes, 6 kematian

Jangkitan Covid-19 naik kepada 1,552 kes, 6 kematian

Seramai 1,684 pesakit dilaporkan sembuh.

Sebanyak 4,834,560 kes Covid-19 direkodkan dalam negara sejak Januari 2020.
PETALING JAYA:
Jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 1,552 kes semalam berbanding 1,186 kes kelmarin, dengan tujuh kematian dilaporkan.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 1,547 kes penularan tempatan dan lima kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,834,560 kes dan 36,363 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 23,883 kes aktif Covid-19, termasuk 46 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 26 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.2% atau 22,741 pesakit menjalani kuarantin di rumah, sementara 1,096 orang atau 4.6% menerima rawatan di hospital.

Seramai 1,684 pesakit dilaporkan sembuh.

Tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhannya 7,080 kluster, dengan 13 daripadanya masih aktif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.