Zahid, Hadi perlu bincang cari penyelesaian MN, saran pemimpin Umno

Zahid, Hadi perlu bincang cari penyelesaian MN, saran pemimpin Umno

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Arman Azha Abu Hanifah berkata, parti itu perlu menilai kembali perkara itu kerana kedua-dua parti ingin mencapai kemenangan dalam PRU15.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Arman Azha Abu Hanifah berkata, Umno perlu menilai kembali kerjasama dengan PAS dalam Muafakat Nasional kerana kerjasama itu masih diperlukan, khasnya di beberapa negeri bagi menghadapi PRU15.
PETALING JAYA:
Seorang pemimpin Umno mencadangkan perbincangan mengenai Muafakat Nasional (MN) perlu membabitkan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang supaya pendirian rasmi dapat dicapai.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Arman Azha Abu Hanifah berkata, Umno perlu menilai kembali perkara itu kerana kedua-dua parti ingin mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Jangan pula yang bincang (orang) tak ada kena-mengena, akhirnya tak selesai. Kalau nak adakan perbincangan, kita minta PAS bawalah presiden anda bincang dengan presiden Umno.

“Empat mata cari jalan penyelesaian, saya rasa itu jauh lebih baik daripada menghantar orang yang tak sepatutnya bincang, akhirnya tak dapat jadi kenyataan,” katanya dalam bual bicara “Berani Benar” yang disiarkan dalam talian.

Walaupun kecewa dengan tindakan PAS menjalin hubungan dengan Bersatu sehingga menimbulkan keretakan antara parti Islam itu dan Umno, Arman mengakui kerjasama dengan PAS masih diperlukan, terutama di beberapa negeri bagi menghadapi PRU15.

“Saya sebagai pemimpin dalam Umno rasa kecewa dan kecil hati, tapi ia tidak menolak agar rundingan dan kerjasama dengan PAS masih perlu kita cari titik penyelesaian.

“Kerana ada negeri-negeri yang Umno perlu ada kerjasama dengan PAS, ada negeri tak perlu kerana landskap politik kini dah berbeza. Contonya di Selangor, kita perlu ada kerjasama, mungkin di negeri lain kita tak perlu ada kerjasama, jadi perkara ini kita kena nilai.”

Katanya, akar umbi PAS mahukan MN kerana mereka lebih selesa bekerjasama dengan Umno berbanding Bersatu.

“Jadi, pimpinan PAS kena nilai kehendak akar umbi mereka. Jadi, Umno secara konsisten nak berbincang (atau) tak berbincang, kita dah nyatakan pendirian kita secara jelas, kita menuju PRU15 secara solo.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.