Jangkitan Covid-19 turun kepada 1,608 kes, 2 kematian

Jangkitan Covid-19 turun kepada 1,608 kes, 2 kematian

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 1,606 kes penularan tempatan dan dua kes import.

Jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 kini meningkat kepada 4,831,822 kes dan 36,350 kematian. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jangkitan harian Covid-19 turun kepada 1,608 kes semalam berbanding 1,924 kes kelmarin, manakala dua kematian turut dilaporkan.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 1,606 kes penularan tempatan dan dua kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,831,822 kes dan 36,350 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 24,532 kes aktif Covid-19, termasuk 51 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 29 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.1% atau 23,336 pesakit menjalani kuarantin di rumah, tiga pesakit dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,142 orang atau 4.7% menerima rawatan di hospital.

Seramai 2,352 pesakit dilaporkan sembuh.

Tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhannya kekal 7,079 kluster, dengan 14 daripadanya masih aktif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.