Jangkitan Covid-19 turun 4.9% kepada 12,963 kes minggu lalu

Jangkitan Covid-19 turun 4.9% kepada 12,963 kes minggu lalu

Namun jumlah kematian akibat Covid-19 meningkat 29% daripada 31 kepada 40 kes.

Kes aktif Covid-19 menurun 4% kepada 25,325 kes, manakala jumlah pesakit pulih menurun 5.8% daripada 14,513 kes kepada 13,677 kes. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Jumah kes baharu Covid-19 menurun sebanyak 4.9% daripada 13,627 kepada 12,963 kes minggu lalu berbanding minggu sebelumnya, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kemas kininya untuk minggu berakhir 24 Sept lalu, Hisham berkata, jumlah pesakit Covid-19 Kategori 1 dan 2 yang dimasukkan ke hospital awam menurun sebanyak 7.1% bagi setiap 100,000 populasi berbanding minggu sebelumnya, manakala jumlah kemasukan pesakit Kategori 3 hingga 5 menurun 11.5%.

Keseluruhan penggunaan katil bukan kritikal menurun sebanyak 1%, manakala penggunaan katil unit rawatan rapi berkurangan 2%.

Kadar penggunaan katil di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 berisiko rendah juga menurun sebanyak 1%.

Kes aktif menurun 4% kepada 25,325 kes, manakala jumlah pesakit pulih menurun 5.8% daripada 14,513 kes kepada 13,677 kes.

“Bilangan kes kematian meningkat 29% daripada 31 kes kepada 40 kes, menjadikan keseluruhannya 36,348 kematian.”

Katanya, sebanyak 4,830,214 kes Covid-19 direkodkan dalam negara sejak Januari 2020.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.