Air pasang besar: Orang ramai dinasihat elak pantai sekitar Kuala Langat

Air pasang besar: Orang ramai dinasihat elak pantai sekitar Kuala Langat

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memaklumkan kawasan Pantai Morib, Pantai Morib Baru, Pantai Kelanang, Pantai Batu Laut, Pantai Cunang dan Jeti Tanjung Sepat akan ditutup kepada orang awam sehingga Khamis ini.

Majlis Perbandaran Kuala Langat menasihatkan orang ramai mengelak mengunjungi pantai sekitar Kuala Langat susulan fenomena air pasang besar sehingga khamis.
SHAH ALAM:
Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak berada di kawasan pantai sekitar daerah Kuala Langat berikutan fenomena air pasang besar dijangka melanda kawasan itu selama tiga hari bermula esok.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), menerusi hantarannya di Facebook hari ini, memaklumkan kawasan Pantai Morib, Pantai Morib Baru, Pantai Kelanang, Pantai Batu Laut, Pantai Cunang dan Jeti Tanjung Sepat akan ditutup kepada orang awam sehingga Khamis ini.

“Sebarang aktiviti seperti mandi, berkhemah, berkelah, memancing, menaiki bot serta berniaga tidak akan dibenarkan di kawasan berkenaan,” menurut hantaran itu.

Orang ramai boleh menghubungi Skuad Pantas MPKL menerusi talian 012-3004256 untuk sebarang pertanyaan lanjut dan aduan berhubung fenomena tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.