
Baharuddin dilantik sebagai pemangku ketua Cawangan Khas Bukit Aman pada Ogos dan telah mengambil alih jawatan itu daripada Zamri Yahya yang mengetuai unit itu sejak Jun tahun lalu.
Baharuddin, yang dilantik sebagai timbalan pengarah Cawangan Khas Bukit Aman pada 8 Ogos, pernah berkhidmat sebagai timbalan cawangan khas E1.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Bukit Aman Noorsiah Saaduddin juga mengumumkan pelantikan Pemangku Ketua Polis Kelantan Zaki Harun yang secara rasmi akan menerajui jawatan itu.
Zaki adalah timbalan ketua polis Kelantan sebelum ini.
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis Kuala Lumpur Azman Ayob, akan berkhidmat sebagai timbalan Zaki.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Anuar Othman pulak dinaikkan pangkat sebagai Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Johor Khaw Kok Chin dinaikkan pangkat sebagai timbalan pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.
Jawatannya akan diisi oleh M Kumar S Muthuvelu, yang merupakan ketua penolong pengarah Narkotik (perlucuthakan harta) Bukit Aman.
Semua lantikan berkuatkuasa 25 Okt.