Jangkitan Covid-19 naik kepada 1,667 kes, 7 kematian direkod

Jangkitan Covid-19 naik kepada 1,667 kes, 7 kematian direkod

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 1,665 kes penularan tempatan dan dua kes import.

Jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,821,864 kes dan 36,324 kematian semalam.
PETALING JAYA:
Jangkitan harian Covid-19 naik kepada 1,667 kes semalam berbanding 1,307 kes kelmarin.

Sebanyak sembilan kematian dilaporkan semalam, termasuk dua kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), berbanding lima kematian kelmarin.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 1,665 kes penularan tempatan dan dua kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,821,864 kes dan 36,324 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 24,715 kes aktif Covid-19, termasuk 59 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 37 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.4% atau 23,577 pesakit menjalani kuarantin di rumah, tiada kes dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,079 orang atau 4.4% menerima rawatan di hospital.

Seramai 2,028 pesakit dilaporkan sembuh.

Tiada baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhannya sebanyak 7,078 kluster, dengan 17 daripadanya masih aktif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.