
Ahli Parlimen Amanah mewakili Kuala Selangor itu berkata, beliau menjangkakan banjir akan melanda kawasannya dan jika ia berlaku, beliau akan diperlukan untuk menyelaraskan usaha menyelamat
“Saya tiada butiran lain mengenai lawatan (JPKP) itu,” katanya kepada FMT.
Dalam catatannya di Facebook semalam, Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii berkata, JPKP mengenai kesihatan, sains dan inovasi yang dipengerusikannya itu sedang dalam perjalanan ke New Zealand untuk berkongsi-kongsi pengetahuan mengenai pengurusan Covid-19 dan kawalan tembakau.
Yii berkata, pasukannya akan bertemu dengan menteri kesihatan dan sains New Zealand serta pegawai lain.
Selain Yii dan Dzulkefly, jawatankuasa itu turut dianggotai Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Bung Moktar Radin (Kinabatangan), Redzuan Yusof (Alor Gajah), Lukanisman Awang Sauni (Sibuti), Wan Hassan Mohd Ramli (Dungun), Dr Lee Boon Chye (Gopeng) dan Yeo Bee Yin (Bakri).

Menurut seorang lagi Ahli Parlimen, yang tidak mahu dinamakan, semua JPKP diperuntukkan RM1 juta bagi lawatan kerja.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang Mohideen Abdul Kader membidas keputusan JPKP membelanjakan dana awam untuk lawatan itu pada masa rakyat sedang bergelut menampung hidup.
“Saya tidak faham logik di sebalik keputusan untuk membuat lawatan sambil belajar yang mahal apabila kerajaan telah mengeluarkan arahan untuk mengurangkan perbelanjaan.
“Tidak ada keperluan mendesak untuk lawatan itu,” katanya kepada FMT.
Mohideen juga menegur kerajaan dan Ahli Parlimen kerana mengharapkan rakyat mengikat perut sedangkan mereka membuat lawatan menggunakan dana awam.
FMT telah menghubungi Yii dan ahli JPKP yang lain untuk mendapatkan komen.
Pada Julai, Perbendaharaan mengeluarkan saranan langkah-langkah mengurangkan kos untuk penjawat awam di semua peringkat, sebagai langkah untuk mengetatkan perbelanjaan kerajaan, dengan memetik tekanan inflasi global dan kenaikan kos barangan.