
Sebanyak empat kematian dilaporkan semalam, termasuk satu kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), berbanding tiga kematian kelmarin.
Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 1,630 kes penularan tempatan dan sembilan kes import.
Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,818,890 kes dan 36,312 kematian.
Sehingga tengah malam tadi, terdapat 25,611 kes aktif Covid-19, termasuk 60 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 39 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 95.3% atau 24,404 pesakit menjalani kuarantin di rumah, empat kes dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,143 orang atau 4.5% menerima rawatan di hospital.
Seramai 2,056 pesakit dilaporkan sembuh.
Tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhannya kekal 7,077 kluster, dengan 18 daripadanya masih aktif.