Rebah ketika hadir program BN, Jamal Yunos masuk hospital

Rebah ketika hadir program BN, Jamal Yunos masuk hospital

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu dilaporkan jatuh secara mengejut ketika menghadiri sebuah program parti, malam tadi.

Jamal Yunos kini dilaporkan dipantau rapi oleh doktor di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, menurut anaknya. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos dikejarkan ke hospital selepas dilaporkan jatuh secara mengejut ketika menghadiri sebuah program parti itu di Sungai Besar, malam tadi.

Anaknya, Amin Daniel berkata bapanya kini dipantau rapi oleh doktor di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

“Ayah saya tiba-tiba rebah ketika menghadiri sebuah program BN di Sungai Besar dan saya sendiri membawa ayah ke Prince Court untuk mendapatkan rawatan.

“Pihak hospital masih menjalankan ujian darah untuk mengenal pasti punca sebenarnya kesihatan dia merosot,” katanya, menurut Utusan Malaysia.

Terdahulu, media melaporkan Jamal terlantar di hospital selama berbulan dan merahsiakan apa yang dirasai setahun lalu. Beliau sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit kanser paru-paru tahap empat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.