
Sebanyak tiga kematian dilaporkan semalam, termasuk dua kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), berbanding enam kematian kelmarin.
Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 1,569 kes penularan tempatan dan tiga kes import.
Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,817,251 kes dan 36,308 kematian.
Sehingga tengah malam tadi, terdapat 26,032 kes aktif Covid-19, termasuk 60 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 37 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 95.3% atau 24,797 pesakit menjalani kuarantin di rumah, empat kes dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,171 orang atau 4.5% menerima rawatan di hospital.
Seramai 2,695 pesakit dilaporkan sembuh.
Satu kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhan 7,077 kluster, dengan 18 daripadanya masih aktif.