
Kedua-dua suspek warga tempatan masing-masing berusia 15 dan 24 tahun itu ditahan pada 4.30 petang selepas polis menerima laporan.
Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya, Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata pemeriksaan dilakukan ke atas suspek, polis menemukan satu laras senjata jenis M4, sepucuk pistol jenis Glock dan dua butir bom tangan yang semuanya tiruan.
Beliau berkata, kedua-dua suspek tidak memiliki sebarang rekod kesalahan lampau.
“Kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
“Kedua-dua mereka direman selama tiga hari mulai hari ini hingga Selasa ini bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” menurut Bernama.
Ku Mashariman menasihatkan orang ramai tidak membeli atau memiliki senjata tiruan dengan sengaja kerana ia menyalahi undang-undang dan tindakan boleh diambil mengikut Akta Senjata 1960.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang di sekitar Petaling Jaya boleh menghubungi Hotline Polis Petaling Jaya di talian 03 7966 2222 atau balai polis berdekatan,” katanya.