11 negeri terima amaran cuaca buruk pagi ini

11 negeri terima amaran cuaca buruk pagi ini

Amaran cuaca buruk dikeluarkan untuk 11 negeri sehingga 9.00 pagi.

11 negeri termasuk Sabah dan Sarawak dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga 9 pagi ini.
PETALING JAYA:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan 11 negeri sehingga 9.00 pagi ini.

MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk itu berlaku di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Di Selangor, antara kawasan dijangka terjejas adalah Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Selain itu, di Perak, ia melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah dan Bagan Datuk. Beberapa kawasan di Kedah termasuk Langkawi, Kota Setar, Yan, Pendang dan Kuala Muda turut menerima amaran sama.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Johor melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai sementara Sarawak melibatkan Miri (Telang Usan) dan Limbang.

“Sabah pula membabitkan beberapa kawasan iaitu Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Kota Belud), Sandakan (Beluran) dan Kudat,” menurut agensi itu.

Katanya, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.