
Mahi Ramakrishnan, menggambarkan tuduhan “tidak masuk akal” dan berkata Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud, perlu menyokong dakwaan dibuat dengan mengemukakan bukti kukuh.
Katanya, sepanjang 17 tahun bekerja bersama Rohingya, beliau tidak pernah berjumpa kes sedemikian.
Dakwaan Khairul menggambarkan pelarian dan pencari suaka sebagai ancaman keselamatan dan dilihat cubaan pihak berkuasa memburuk-burukkan agensi PBB, kata Mahi yang bersama Beyond Borders Malaysia.
Bulan lalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendakwa agensi PBB, UNHCR mengeluarkan kad pelarian tanpa merujuk pihak berkuasa Malaysia.
Seorang lagi aktivis, Adrian Pereira dari North-South Initiative, berkata dakwaan ketua pengarah imigresen itu mesti disiasat susulan tiada keterangan setakat ini berhubung penyelewengan dalam sistem UNHCR.
Khairul mendakwa, ada pemegang kad UNHCR mengaku mendapatkan dokumen daripada ejen, namun mereka menafikan membeli kad terbabit. Katanya, perkara itu akan diteliti lebih mendalam oleh jawatankuasa di Kementerian Dalam Negeri.