Perjumpaan ‘Top 5’ Umno pada 30 Sept

Perjumpaan ‘Top 5’ Umno pada 30 Sept

Majlis Kerja Tertinggi juga akan bermesyuarat pada hari yang sama, menurut Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.

Perjumpaan lima pemimpin tertinggi Umno bagi membincangkan berkenaan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang pada awalnya dijadualkan esok. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Perjumpaan lima pemimpin tertinggi Umno bagi membincangkan berkenaan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang pada awalnya dijadualkan esok akan diadakan pada 30 Sept.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata mesyuarat itu akan diadakan pada 8 malam dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan bermesyuarat pada malam yang sama.

Dalam kenyataan ringkas, beliau berkata tarikh awal mesyuarat itu ditangguhkan kerana Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob perlu menghadiri majlis rasmi di Bangi.

Ismail telah memaklumkan kepada pemberita mengenai penangguhan itu pada Khamis.

Menurutnya, perjumpaan itu akan dimulakan dengan pertemuan lima pemimpin tertinggi, diikuti biro politik dan seterusnya MKT.

Lima pemimpin tertinggi itu adalah Presiden Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Mohamad Hasan dan tiga Naib Presiden – Khaled Nordin, Mahdzir Khalid dan Ismail.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.