
BATU PAHAT: Mangsa banjir kilat di kawasan Sri Gading meningkat kepada 255 orang setakat 8 malam tadi berbanding 204 yang direkodkan pagi semalam.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Johor, terdapat peningkatan mangsa dari Kampung Baru Seri Gading, antara lima kawasan yang terjejas banjir.
Setakat ini, sebanyak 72 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading.
Turut terjejas penduduk Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Pekan Sri Gading dan Kampung Sri Tanjung.
Hujan lebat pada Rabu tanpa henti berlaku di daerah itu dari 1.30 hingga 5.30 pagi dan bertembung dengan air pasang.