Rundingan kerusi PH dijangka selesai Oktober

Rundingan kerusi PH dijangka selesai Oktober

Selain itu manifesto PH untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15) juga akan diselesaikan menjelang Konvensyen PH juga pada pertengahan Oktober.

Pakatan Harapan (PH) dijangka memuktamadkan rundingan kerusi PRU15 menjelang pertengahan Oktober depan.
PETALING JAYA:
Pakatan Harapan (PH) akan memuktamadkan rundingan kerusi antara parti komponen gabungan itu pertengahan Oktober ini.

PH berkata, selain itu manifesto PH untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15) juga akan diselesaikan menjelang Konvensyen PH juga pada pertengahan Oktober.

“Bagi membina gelombang rakyat ke arah PRU15, Pakatan Harapan akan memulakan siri jelajah ‘road show’ melibatkan kesemua pimpinan utama bermula Oktober,” kata PH dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena temurapat di Seremban hari ini.

Dalam pada itu PH berkata, terdapat peningkatan sokongan terhadap gabungan itu dalam kalangan pengundi selain daripada melaungkan kesediaan PH bag menghadapi PRU15.

“Kami menerima baik dapatan-dapatan kajian yang menunjukkan peningkatan sokongan terhadap PH dari kalangan semua kaum sejak dua bulan kebelakangan ini,

“PH menegaskan kesediaan untuk memasuki serta memenangi PRU15 yang boleh diadakan pada bila-bila masa,” kata kenyataan itu lagi.

PH dalam kenyataan itu turut menyatakan kegusaran terhadap kajian yang melaporkan empat daripada lima rakyat negara ini menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan ekonomi negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.