
Peguam bela, Naran Singh, semalam memohon untuk mencabar kredibiliti T Previin, 23, kerana percakapan saksi diberikan kepada polis bercanggah dengan keterangannya di mahkamah.
Hakim Radzi Abdul Hamid ketika menolak bantahan pendakwaan terhadap permohonan itu berkata, pembelaan akan dibenarkan merujuk kepada keterangan terdahulu Previin dalam usaha mencabar kredibilitinya.
Susulan itu, perbicaraan ditangguhkan sehingga Isnin.
S Gopinaath, 30, J Ragesuthan, 22, S Gokulan, 22, dan dua pesalah juvana didakwa membunuh Nhaveen antara 11 malam hingga 12 tengah malam pada 9 Jun 2017.
Mereka turut didakwa mencederakan Previin berhampiran Karpal Singh Learning Centre, di Bukit Gelugor, pada malam sama.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Amril Johari dan Yazid Mustaqim Roslam, manakala S Yagoo dan Maanveer Singh Dhillon turut mewakili tertuduh.
Sukhindarpal Singh dan K Muthiah bertindak sebagai peguam pemerhati, masing-masing bagi pihak Majlis Peguam serta Suhakam.