
Katanya, para pemimpin kedua-dua parti perlu meletakkan titik persamaan, berbanding terus berhujah dan berbahas perkara perbezaan.
“Jika duduk bincang perkara yang berbeza, sampai bila pun kita tak boleh nak selesai masalah kerana masing-masing dengan hujah dan perbahasan.
“Tetapi, kalau kita bincang titik pertemuan kita dahulu, titik kerjasama yang pernah berlaku dahulu, saya yakin ia boleh dilakukan kerana setiap daripada kita sama ada parti besar atau kecil hendaklah merendahkan ego masing-masing dan melihat objektif yang lebih besar demi keharmonian dalam masyarakat kita,” lapor Sinar Harian.
Katanya, pertemuan rasmi antara PAS dan Umno sedang diusahakan bertujuan menyuburkan kembali hubungan.
“Hubungan di peringkat peribadi dengan kepimpinan parti yang berbeza ini sedang berjalan, tinggal lagi pertemuan secara rasmi. Itu sedang kita usahakan.
“Kita tengoklah macam mana. Kita harap masing-masing boleh merendahkan ego untuk duduk dan bekerja ke arah mencari titik pertemuan perkara yang dipersetujui sebelum ini,” lapor Sinar Harian.
Perkara itu dinyatakan Ahmad Samsuri ketika diminta mengulas pandangan sempena ulang tahun bersejarah antara PAS dan Umno yang telah memasuki tahun ketiga penubuhan MN, hari ini.