
Wanita berusia 30 tahun itu, yang juga pembantu tadbir Pejabat Tanah dan Galian, serta dua pengarah syarikat berusia 41 dan 50 tahun tiba dengan berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga di Mahkamah Majistret di sini pada kira-kira 10.30 pagi.
Perintah reman bermula hari ini hingga Selasa depan dikeluarkan Majistret Noor Hafiza Ishak bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Menurut sumber SPRM, mereka ditahan kerana disyaki terlibat dalam penerimaan wang rasuah daripada pemilik syarikat supaya mendapatkan kelulusan permohonan memiliki tanah kerajaan seluas kira-kira dua hektar di daerah Kinta.
Pengarah SPRM Perak Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dilakukan termasuk mengesan jika ada individu lain turut terbabit.