
Sambil menolak tindakan itu sebagai baik untuk ekonomi, Pengerusi MTEM Abdul Halim Husin, berkata pihaknya menerima aduan daripada persatuan Bumiputera, usahawan dan rakyat berhubung kenaikan OPR.
Halim menegaskan tiada kaitan antara ringgit dan kenaikan OPR.
“Apabila kadar faedah di bawah 2%, tukaran ringgit berbanding dolar AS (Amerika Syarikat) dalam lingkungan 3.00 ke 3.20,” katanya dalam kenyataan.
“Ketika krisi ekonomi pada 1997, kadar faedah 6.9% dan ringgit berada pada RM3.90 bagi sedolar AS. Pada 2010, apabila kadar faedah kembali turun kepada 2%, ringgit berada pada lingkungan 3.10 ke 3.40.”
Minggu lalu, Bank Negara (BNM) menaikan OPR kepada 25 mata asas (bps) kepada 2.50%, peningkatan kali ketiga berturut-turut dibuat bank pusat itu.
Pada Mei, bank pusat meningkatkan OPR kepada 2% dari 1.75%, dilaporkan rekod terendah, susulan pemotongan 25 bps, pada Julai 2020. Pada Julai, BNM menaikan OPR kepada 25 bps kepada 2.25%.
Halim berkata, keseluruhan hutang dan pelbagai pendahuluan kepada bank kini berjumlah RM1.57 trilion pada Mei, manakala institusi kewangan dijangka meraih RM3.9 bilion dalam bentuk pendapatan setahun daripada setiap peningkatan 25 bps, atau RM1.57 bilion setahun, dengan peningkatan 1%.
“Hakikatnya, bank merekodkan keuntungan besar tanpa perlu melakukan apa-apa setiap kali OPR dinaikan, manakala rakyat dan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang bagi pembayaran ansuran bulanan,” katanya.
Justeru, beliau menuntut kadar faedah sifar bagi moratorium, sekurang-kurangnya dua bulan kepada PMKS bagi setiap kenaikan OPR 25 bps demi meringankan beban isi rumah dan perniagaan.
Beliau mencadangkan Putrajaya mempertimbang pelaksanaan kadar dasar pertukaran mata wang yang lebih rendah sebagai langkah jangka pendek, serta kajian mengenai dasar pembayaran dan penerimaan untuk eksport dan import dalam jangka panjang.