DAP akan pinda perlembagaan pada kongres khas

DAP akan pinda perlembagaan pada kongres khas

Setiausaha Organisasi DAP, Steven Sim Chee Kong berkata perlembagaan yang akan dipinda itu bagi memenuhi semangat akta anti-lompat parti yang telah diluluskan di Parlimen dan Dewan Rakyat sebelum ini.

Setiausaha Organisasi DAP, Steven Sim Chee Kong, berkata perlembagaan yang akan dipinda itu bagi memenuhi semangat akta anti-lompat parti yang telah diluluskan di Parlimen dan Dewan Rakyat sebelum ini.
PETALING JAYA:
Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Steven Sim Chee Kong, berkata parti itu akan membuat beberapa pindaan perlembagaan pada kongres khas akan datang termasuk memberhentikan keahlian mana-mana wakil rakyat atau senator dilantik yang tidak patuh dengan arahan parti.

Katanya, katanya perlembagaan yang akan dipinda itu bagi memenuhi semangat akta anti-lompat parti yang telah diluluskan di Parlimen dan Dewan Rakyat sebelum ini.

“Apa yang akan dipinda ialah Fasal 3 selepas Seksyen 3, kita akan masukkan Seksyen 4 iaitu mana-mana ahli parti yang merupakan wakil rakyat di Dewan Rakyat, senator yang dilantik di Dewan Negara atau wakil rakyat dalam mana-mana Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Persekutuan Malaysia perlulah tertakluk kepada kelulusan jawatankuasa tertinggi pusat.

“Jika ada yang melakukan apa-apa ketidakpatuhan terhadap apa-apa arahan yang selari dengan Seksyen 9J, Klausa 12 perlembagaan ini perlulah terhenti daripada menjadi ahli parti,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Steven berkata, parti itu juga akan menambah satu lagi Klausa 9J dan Klausa 12 iaitu jawatankuasa tertinggi pusat boleh mengeluarkan apa-apa arahan khusus kepada mana-mana atau pada semua ahli parti.

Katanya, semua arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen itu melainkan diarahkan setiausaha agung yang perlu dibuat secara bertulis.

“Jadi dua klausa ini dipinda atau ditambah ke dalam perlembagaan parti untuk memenuhi semangat akta anti-lompat parti.

“Kalau kita ikut perbahasan, menteri kata ada jurang dalam undang-undang lompat parti, kalau seseorang wakil rakyat itu meletak jawatan tidak kira sebagai lompat parti dan menteri juga kata jurang ini boleh diperbetulkan dengan meminda perlembagaan parti.

“DAP menyokong penuh malah kita antara parti dalam Pakatan Harapan (PH) yang terawal menyeru kepada pindaan atau perlaksanaan akta anti-lompat parti,” katanya.

Terdahulu, Steven berkata satu kongres khas DAP akan diadakan pada 25 Sep dengan berpandukan kepada Fasal 8 perlembagaan parti yang memberikan kuasa bagi memanggil kongres diadakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.