
Pengarah Lawyers for Liberty Zaid Malek berkata, Omar Mokhtar Abdul Rahman menjadi orang tidak bernegara selepas JPN menolak permohonannya membuat kad pengenalan ketika berusia 12 tahun.
“Omar adalah pelajar pelajar cemerlang yang memperoleh 4.0 GPA untuk peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), kata Zaid. “Omar anak Merdeka yang lahir pada 31 Ogos, 20 tahun lalu.”
FMT telah melihat surat dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri bertarikh 12 September mengesahkan kerakyatan diberikan kepada Omar.
Awal bulan ini, Omar dilaporkan berdepan masa depan suram walaupun memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM, disebabkan tiada kad pengenalan.
Beliau telah ditawarkan biasiswa dan peluang melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia, namun tidak dapat meneruskannya.
Omar juga tidak dapat membuka akaun bank atau mendapat lesen memandu disebabkan tiada kad pengenalan.