Jangkitan Covid-19 naik kepada 1,847 kes, 5 kematian

Jangkitan Covid-19 naik kepada 1,847 kes, 5 kematian

Seramai 2,148 pesakit dilaporkan sembuh.

Sebanyak 26,033 kes aktif Covid-19 dilaporkan semalam, termasuk 67 pesakit yang ditempatkan di ICU, dengan 45 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 1,847 kes semalam berbanding 1,483 kes kelmarin.

Sebanyak lima kematian dilaporkan semalam, termasuk satu kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 1,840 kes penularan tempatan dan tujuh kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,806,954 kes dan 36,285 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 26,033 kes aktif Covid-19, termasuk 67 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 45 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.1% atau 24,752 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 10 kes dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,204 orang atau 4.6% menerima rawatan di hospital.

Seramai 2,148 pesakit dilaporkan sembuh.

Tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhannya kekal 7,073 kluster, dengan 21 daripadanya masih aktif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.