1MDB: Dokumen siasatan terhadap Tawfiq perlu melalui MLA, kata KPN

1MDB: Dokumen siasatan terhadap Tawfiq perlu melalui MLA, kata KPN

Acryl Sani Abdullah Sani berkata proses Mutual Legal Assistance (MLA) diperlukan untuk memastikan dokumen dan keterangan dari Singapura diterima di mahkamah negara ini.

Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis telah mengemukakan permohonan di bawah MLA melalui Jabatan Peguam Negara kepada pihak berkuasa Singapura, April lalu.
KUALA LUMPUR:
Pasukan penyiasat telah mengenal pasti dokumen dan keterangan diperlukan untuk siasatan terhadap Tawfiq Ayman, suami bekas gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz, berkaitan 1MDB.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani, berkata bagaimanapun untuk memastikan dokumen dan keterangan itu boleh diterima di mahkamah Malaysia, ia perlu melalui proses ‘Mutual Legal Assistance’ (MLA) dikendalikan oleh Jabatan Peguam Negara.

“Pada April 2022, polis telah mengemukakan permohonan di bawah MLA melalui Jabatan Peguam Negara kepada pihak berkuasa Singapura,” katanya dalam kenyataan.

Pada Mac lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Singapura untuk mengumpul maklumat atau keterangan berhubung kes berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.