Bapa lagenda bola sepak Soh Chin Ann, meninggal dunia

Bapa lagenda bola sepak Soh Chin Ann, meninggal dunia

Mendiang bapanya, Soh Tee Tong yang berusia 107 tahun mengadu tidak sihat sejak tiga hari lepas apabila tahap kesihatannya merosot kerana hilang selera makan.

Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali, ketika mengunjungi mendiang Soh Tee Tong pada Januari lepas. (Gambar Bernama)
MELAKA:
Bapa legenda bola sepak negara Soh Chin Ann, Soh Tee Tong, meninggal dunia akibat uzur di Hospital Alor Gajah, awal hari ini.

Chin Ann ketika dihubungi berkata mendiang bapanya yang berusia 107 tahun mengadu tidak sihat sejak tiga hari lepas apabila tahap kesihatannya merosot kerana hilang selera makan.

“Kami adik-beradik kemudian membawa bapa ke hospital tersebut (Hospital Alor Gajah) tiga hari lepas dan mendiang disahkan meninggal dunia pada 1 pagi tadi,” katanya.

Beliau berkata mendiang meninggalkan lapan anak iaitu lima lelaki dan tiga perempuan.

Katanya jasad mendiang bapanya akan dibawa ke kediamannya di Jalan Kolam, Alor Gajah dan majlis penghormatan terakhir akan dilaksanakan selama empat hari.

Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali, ketika mengunjungi mendiang pada Januari lepas dilaporkan berkata Tee Tong merupakan individu tertua yang masih hidup di Alor Gajah ketika itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.