Tingkatkan kerjaya anda dengan ijazah sarjana OUM

Tingkatkan kerjaya anda dengan ijazah sarjana OUM

Pengajian pascasiswazah dalam talian yang fleksibel dan mudah oleh OUM adalah platform yang bagus untuk golongan yang bekerja melanjutkan pengajian ijazah sarjana mereka.

Pengajian dalam talian memberikan anda pembelajaran yang fleksibel tanpa mengira di mana anda berada.

Tanpa kos penginapan, pengangkutan dan masa yang dihabiskan untuk ke kelas, pengajian dalam talian memberikan keseimbangan yang lebih baik antara pengajian, kerja dan komitmen peribadi.

Open University Malaysia (OUM) merupakan permata yang berpengalaman selama 22 tahun dalam menyampaikan program e-pengajian. OUM adalah sebuah universiti swasta milik konsortium yang terdiri daripada 11 buah universiti awam yang utama di Malaysia. Keunikan status OUM ini membolehkannya untuk menerima manfaat daripada kemahiran dan prestij yang dimiliki oleh pemegang-pemegang taruhnya. Contohnya, program berkaitan industri OUM direka oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut dari seluruh negara.

Beberapa program sarjana OUM diiktiraf oleh badan profesional. Contohnya, pelajar Sarjana Pengurusan Kualiti dan Sarjana Pengurusan Fasiliti juga akan menerima pensijilan SIRIM selepas tamat pengajian tanpa bayaran tambahan.

Perkara terbaik tentang pendaftaran dalam program pascasiswazah yang diiktiraf oleh MQA OUM ialah fleksibiliti untuk menyusun kelas mengikut kesesuaian anda.

Pembelajaran dalam talian yang Fleksibel

Kata Muhammad Arif fleksibiliti yang ditawarkan oleh OUM membantunya menamatkan pengajian ijazah sarjana mudanya mengikut masa yang ditetapkan walaupun bertugas sebagai seorang jururawat.

Pelajar Sarjana Kaunseling OUM, Muhammad Ariff Maula Ismail, 29, sebelum ini menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan di OUM, turut menyatakan bahawa OUM ialah sebab mengapa beliau dapat menyeimbangkan kerjaya sebagai kakitangan jururawat dan pelajar.

“Sewaktu pengajian ijazah sarjana muda, saya sering terlepas kelas dalam talian disebabkan oleh jadual kerja. Tetapi sekarang, saya bersyukur kerana sesi pembelajaran sudah direkodkan di portal pengajian dalam talian OUM, myINSPIRE, saya boleh menonton kelas tersebut semula dan sentiasa maklum dengan perkembangan,” kata Ariff.

Pelajar Sarjana Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja, Vijay Kumar, 33, berkata: “Saya boleh belajar pada masa lapang tanpa mengganggu kerjaya dan komitmen saya yang lain. Saya menonton semula rakaman pembelajaran pada bila-bila masa untuk melatih ingatan atau memahami sesuatu subjek dengan lebih mendalam. Perkara ini membantu saya memahami bahan pembelajaran dengan lebih menyeluruh.”

Terima kasih kepada fleksibiliti yang ditawarkan oleh OUM, Vijay Kumar tidak rasa tertekan untuk menghadiri kuliah walaupun dalam kesibukan.

“Kandungan subjek dan bahan pembelajaran melalui platform pembelajaran digital myINSPIRE adalah jelas. Saya boleh katakan OUM menyediakan segala yang kami perlukan untuk berjaya dalam pengajian kami,” kongsi Vijay yang merupakan Pengarah Urusan di Setia Access & Facede Sdn Bhd, sebuah syarikat perkhidmatan.

Dengan kandungan dan bahan yang tertera lebih awal di portal dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris membolehkan pelajar melihat struktur program dari satu semester ke semester seterusnya, sekali gus membolehkan perancangan yang lebih baik untuk bulan-bulan berikutnya.

Pengajian bersama OUM

Kedua-dua pelajar tersebut memilih untuk menyambung ijazah sarjana mereka di OUM disebabkan oleh kandungan akademik yang lengkap, mencabar intelek, dan keupayaan yang terbukti untuk meningkatkan prospek kerjaya pelajar.

“Saya memperoleh pengetahuan yang berbaloi dengan wang yang saya belanjakan kerana saya boleh menggunakan ilmu yang saya pelajari dalam kelas pada kerja pengurusan keselamatan saya,” kata Vijay Kumar.

OUM percaya dalam memberikan semua orang peluang yang sama untuk pengajian pasca siswazah seperti Vijay, individu yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana tetapi tidak mempunyai kelayakan akademik formal boleh memohon melalui APEL. Dengan pengalaman kerja yang mencukupi, anda boleh melangkau ijazah sarjana muda dan melompat ke program sarjana.

Sokongan Pembelajaran untuk Golongan yang Bekerja

Program ijazah sarjana OUM diajar oleh ahli akademik terkemuka yang berpengalaman serta membimbing pelajar dalam e-pelajaran mingguan dan e-tutorial.

Selain itu, pelajar boleh mengakses lebih 190,000 e-buku, 55,000 e-jurnal, 1.3 juta tajuk e-tesis, dan pangkalan data undang-undang tempatan yang meliputi semua kursus OUM. Di samping itu, pelajar boleh terus melibatkan diri dengan pensyarah dan rakan-rakan:

  • sewaktu sesi tutorial secara langsung melalui Google Meet
  • dengan menyiarkan soalan di platform e-Forum untuk berbincang dengan rakan sekelas
  • dengan mengunjungi salah satu daripada 35 pusat pembelajaran di seluruh negara

Kajian pascasiswazah dalam talian yang fleksibel dan mudah OUM ialah platform yang sangat baik untuk orang dewasa yang bekerja dan ingin mendapatkan ilmu pengetahuan industri dan meningkatkan kerjaya mereka.

Mulakan kecemerlangan kerjaya anda hari ini dengan OUM.

Untuk maklumat mengenai program pengajian OUM, sila hubungi talian 03-7801 2000, e-mail [email protected] atau lawati www.oum.edu.my.

jQuery(document).ready(function(){
jQuery(“[id*=’div-gpt-ad-‘],iframe[width|=1]”).remove();
const interval = setInterval(function() {
jQuery(“[id*=’div-gpt-ad-‘],iframe[width|=1]”).remove();
}, 3000);
})

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.