DAP buat laporan SPRM terhadap Hadi berkait dakwaan rasuah

DAP buat laporan SPRM terhadap Hadi berkait dakwaan rasuah

ADUN Seri Delima Syerleena Rashid membuat laporan itu di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang.

ADUN Seri Delima Syerleena Rashid (tengah) bersama Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh (kiri) dan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer pada sidang media.
GEORGE TOWN:
Seorang ADUN DAP membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang atas dakwaan rasuah, pengubahan wang haram dan pengelakan cukai.

Laporan SPRM itu dibuat selepas Pengerusi DAP Lim Guan Eng menggesa Hadi menjelaskan penyelesaian RM1.4 juta dengan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown dalam saman terhadapnya.

Saman itu susulan dakwaan Rewcastle Brown pada 2016 bahawa Umno didakwa memberi rasuah RM90 juta kepada PAS untuk mendapatkan sokongan parti Islam itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Saman itu akhirnya diselesaikan di luar mahkamah, dengan Hadi dilaporkan membayar Rewcastle Brown RM1.4 juta pada 2019.

ADUN Seri Delima Syerleena Rashid membuat laporan itu di ibu pejabat SPRM di Pulau Pinang.

Dalam sidang media di ibu pejabat DAP negeri, Syerleena berkata beliau diberitahu untuk tidak mendedahkan sifat atau merit aduan itu, dan mendakwa beliau disoal siasat oleh pegawai SPRM selama tiga jam ketika membuat laporan.

Peguam RSN Rayer, yang menemaninya membuat laporan itu, berharap perkara berkenaan akan disiasat secara menyeluruh oleh pihak berkuasa.

Syerleena dan Rayer, yang merupakan Ahli Parlimen Jelutong, turut disertai Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh pada sidang media itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.