
Negeri itu pernah berdepan masalah serupa selama tiga hari, pada Julai, kesan kejadian sama.
Dalam kejadian terbaharu banjir lumpur di Baling itu sudah menjejaskan satu daripada loji rawatan air utama di selatan Kedah, dengan loji berkenaan di Sungai Petani terpaksa ditutup, kira-kira sejam lalu.
Syarikat Air Darul Aman, syarikat utiliti dimiliki kerajaan negeri, sudah mengeluarkan notis gangguan air kepada 35,000 akaun di sekitar Sungai Petani, dengan pegawai memberitahu FMT, bahawa bacaan kekeruhan melebihi 1,000 NTU (unit kekeruhan nefelometrik), sejam lalu. Bacaan di bawah kadar itu adalah normal.
Sebagai perbandingan, pada Julai, loji rawatan air di selatan Kedah dan Butterworth, merekodkan 3,000 NTU, yang dianggap berbahaya untuk kegunaan manusia.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Jaseni Maidinsa, berkata situasi semasa masih terkawal di negeri itu memandangkan empangan lain menyalurkan air ke loji rawatan di Butterworth bagi mengurangkan bacaan kekeruhan.
Loji rawatan di Butterworth membekalkan 80% air ke seluruh Pulau Pinang, dengan air mentah diambil dari Sungai Muda, sungai yang mengalir dari Kedah. Sungai Muda bersambung alirannya dengan dua lagi sungai, Kupang dan Ketil, di Baling.
Jaseni memberitahu FMT, bacaan kekeruhan di muka sauk Lahar Tiang, Pulau Pinang, mencatat bacaan 749 NTU, pada 4.30 petang, dan sedang dipantau rapi.
Setakat 8 malam, Jaseni berkata, bacaan kekeruhan bertambah dua kali ganda kepada 1,824 NTU.
Gangguan bekalan air dijangka berlaku bermula di selatan Bukit Dumbar hingga Balik Pulau, di bahagian pulau, dan keseluruhan daerah Seberang Perai tengah dan selatan.
Katanya, loji rawatan air utama Pulau Pinang mengurangkan kapasitinya dari 30% kepada 70%.
Katanya, hampir 300 juta liter air sehari dari Empangan Mengkuang dipam ke loji rawatan berkenaan ketika beroperasi 100 peratus.
Setakat 3 petang, seramai 106 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Baling, dengan Kampung Iboi dan Padang Empang, belum selamat untuk penduduk kembali.
Kejadian banjir lumpur dan kepala air pada awal Julai, di kawasan sama mengorbankan tiga nyawa, selain menjejaskan 12 perkampungan.