BNM naik OPR 25 mata asas kepada 2.5%

BNM naik OPR 25 mata asas kepada 2.5%

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata tekanan inflasi kekal tinggi berikutan kenaikan harga komoditi.

Langkah menaikan Kadar Dasar Semalaman itu merupakan peningkatan kali ketiga berturut-turut dibuat bank pusat itu.
PETALING JAYA:
Bank Negara Malaysia mengumumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.50%.

Langkah itu merupakan kenaikan kali ketiga yang dilaksanakan bank pusat itu.

Dalam kenyataan, BNM berkata, walaupun keadaan rantaian bekalan global terus berkurangan, tekanan inflasi kekal tinggi susulan kenaikan harga komoditi dan pasaran buruh ketat.

“Justeru, bank pusat dijangka terus melakukan penyesuaian tetapan dasar monetari, ada yang lebih pantas, bagi mengurangkan tekanan inflasi,” katanya.

Pada Mei, bank pusat berkenaan menaikan OPR kepada 2% daripada 1.75%, dilaporkan terendah pernah direkodkan, berikutan potongan 25 mata asas, pada Julai 2020. Pada Julai, BNM menaikan OPR kepada 25 mata asas kepada 2.25%.

Menurut BNM, inflasi keseluruhan purata pada 2.8% sejak awal tahun hingga kini, dan kesan tekanan inflasi menjadi lebih tinggi juga sebahagiannya akan terus dibendung oleh kawalan harga yang sedia ada, subsidi bahan api dan lebihan kapasiti yang masih wujud dalam ekonomi.

“Bagaimanapun, prospek inflasi terus dipengaruhi oleh langkah-langkah dasar dalam negeri serta perkembangan harga komoditi global yang disebabkan terutamanya oleh konflik ketenteraan yang berterusan di Ukraine dan gangguan berkaitan bekalan yang berlarutan.

“Pada kadar OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Tambahnya, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) tidak membuat sebarang ketetapan awal serta akan terus menilai keadaan yang berubah-ubah dan kesannya terhadap prospek keseluruhan inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

BNM turut berkata, ekonomi global terus berkembang, meskipun pada kadar sederhana disebabkan oleh tekanan kos semakin meningkat, keadaan kewangan global yang lebih ketat, termasuk langkah-langkah pembendungan yang ketat di China.

“Bagaimanapun, pertumbuhan global terus disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang bertambah baik dan pembukaan semula sepenuhnya bagi kebanyakan ekonomi dan sempadan antarabangsa.

“Pada masa hadapan, pertumbuhan global dijangka menghadapi cabaran daripada kesan dasar monetari yang diperketat dalam kebanyakan ekonomi serta langkah-langkah pengurusan pandemik di China,” katanya.

BNM berkata, bagi ekonomi Malaysia, peralihan ke fasa endemik dan langkah dasar telah menyumbang kepada prestasi pertumbuhan yang lebih kukuh pada suku kedua 2022.

“Keadaan pasaran pekerja dan prospek pendapatan terus positif, dengan pengangguran dan guna tenaga tidak penuh (underemployment) terus berkurang,” tambahnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.