Jangkitan Covid-19 naik kepada 2,067 kes, 6 kematian

Jangkitan Covid-19 naik kepada 2,067 kes, 6 kematian

Seramai 2,279 pesakit dilaporkan sembuh.

Sebanyak 27,328 kes aktif Covid-19, termasuk 69 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 40 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 2,067 kes berbanding 1,486 kes kelmarin, manakala enam kematian dilaporkan semalam.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 2,063 kes penularan tempatan dan empat kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,795,009 kes dan 36,255 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 27,328 kes aktif Covid-19, termasuk 69 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 40 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95% atau 25,963 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 19 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,277 orang atau 4.7% menerima rawatan di hospital.

Seramai 2,279 pesakit dilaporkan sembuh.

Tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 7,069 kluster, dengan 22 daripadanya masih aktif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.