Jangkitan Covid-19 turun kepada 1,486 kes, 4 kematian

Jangkitan Covid-19 turun kepada 1,486 kes, 4 kematian

Seramai 2,897 pesakit dilaporkan sembuh.

Sebanyak 27,546 kes aktif Covid-19, termasuk 79 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 43 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jangkitan harian Covid-19 menurun kepada 1,486 kes berbanding 1,904 kes kelmarin, manakala empat kematian dilaporkan semalam.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 1,484 kes penularan tempatan dan dua kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,792,942 kes dan 36,249 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 27,546 kes aktif Covid-19, termasuk 79 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 43 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 94.9% atau 26,154 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 16 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,297 orang atau 4.7% menerima rawatan di hospital.

Seramai 2,897 pesakit dilaporkan sembuh.

Satu kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 7,069 kluster, dengan 23 daripadanya masih aktif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.