
Ini termasuk mendedahkan maklumat terperinci mengenai “kartel” yang didakwa mencatu bekalan ayam bagi menaikkan harga mentah ke paras RM11.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi berkata, maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan itu akan membantu kerajaan mengambil tindakan, berbanding sekadar khabar angin tanpa aduan yang lengkap kepada pihak kementerian.
“Kalau sesiapa yang ada maklumat dan maklumat tersebut diyakini, maka tampillah membantu kerajaan supaya kita semua dapat bersama-sama menyelesaikan dan membendung isu yang sudah lama berlaku ini.
“Kalau orang awam tidak tampil dan isu ini terus diungkit sehingga mencetuskan sensasi, maka situasi di pihak kementerian pula bertambah sukar. Kami mahu tahu dan lakukan sebaik yang kami mampu,” katanya, lapor Utusan Malaysia.
Dilaporkan baru-baru ini bahawa kumpulan kartel masih berusaha mencatu bekalan ayam di pasaran untuk menyebabkan harganya naik sehingga RM11 sekilogram. Kegiatan ini termasuk mengawal pengeluaran anak ayam kepada penternak.
Menurut Nanta, pihaknya juga sudah berbincang dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang mempunyai bidang kuasa berkait sektor perniagaan dan pengguna.
Katanya, pihaknya tidak akan membuat kenyataan rasmi selagi MyCC tidak membuat pengumuman awam kerana dikhuatiri bercanggah dengan prosedur suruhanjaya itu.