Jangkitan Covid-19 turun kepada 1,904 kes, 2 kematian

Jangkitan Covid-19 turun kepada 1,904 kes, 2 kematian

Seramai 3,138 pesakit dilaporkan sembuh.

Sebanyak 28,961 kes aktif Covid-19 dilaporkan semalam, termasuk 73 pesakit yang ditempatkan di ICU, dengan 36 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
PETALING JAYA:
Jangkitan harian Covid-19 menurun kepada 1,904 kes berbanding 2,244 kes kelmarin, manakala dua kematian dilaporkan semalam.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 1,903 kes penularan tempatan dan satu kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,791,456 kes dan 36,245 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 28,961 kes aktif Covid-19, termasuk 73 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 36 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.2% atau 27,584 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 18 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,286 orang atau 4.4% menerima rawatan di hospital.

Seramai 3,138 pesakit dilaporkan sembuh.

Tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhannya kekal 7,068 kluster, dengan 23 daripadanya masih aktif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.