
Dalam nahas berkenaan, adik mangsa mengalami kecederaan parah.
Ketua Polis Padawan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata berdasarkan maklumat ahli keluarga, mangsa berusia 26 tahun cuba mencari adiknya berumur 18 tahun yang keluar memancing.
Katanya, dalam kejadian pada 7.30 malam itu berlaku disebabkan kedua-dua motosikal tiada lampu hadapan.
“Kemalangan berlaku semasa adik mangsa sedang bergerak lurus dari arah Kuching menuju ke Kampung Sikog bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa yang tiba-tiba masuk ke laluan adiknya.
“Akibat pertembungan itu, adik mangsa cedera parah di kepala dan masih menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) manakala mangsa yang juga cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya menurut Harian Metro.
Abang Zainal berkata, mayat dibawa ke Unit Forensik HUS untuk tindakan lanjut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.