Benar arak dijual, kata kumpulan penyokong bukan Islam PAS

Benar arak dijual, kata kumpulan penyokong bukan Islam PAS

Tindakan mengharamkan penjualan arak memberi gambaran tidak baik mengenai PAS kepada orang bukan Islam, kata wakil sayap bukan Islam PAS.

Pada muktamar PAS, sayap penyokong bukan Islam itu berkata larangan judi perlu kekal dan penjualan arak dihadkan.
ALOR SETAR:
Perwakilan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) berkata, negeri ditadbir PAS tidak perlu mengharamkan penjualan arak kerana tindakan itu akan memberi gambaran tidak baik mengenai PAS terhadap orang bukan Islam.

Penolong Setiausaha DHPP, R Hareetaran berkata, negeri berkenaan perlu merujuk kepada Kelantan dalam mengawal penjualan arak.

“Arak tidak diperlu diharam tetapi, kita perlu cari kaedah mengawal jualan arak sebagaimana yang telah dilaksana (bekas menteri besar) Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan.

“Apabila diharamkan sepenuhnya, ini akan memberikan gambaran yang negatif terhadap PAS kepada bukan Islam. Ia akan jadi peluru pihak lawan untuk menyerang kita,” katanya ketika membahaskan ucapan presiden sempena Muktamar PAS ke-68.

Bagaimanapun, beliau berkata, sayap itu menyokong penuh tindakan negeri Kedah mengharamkan premis perjudian.

DHPP adalah sayap dianggotai ahli bukan Islam di dalam PAS.

November lalu, Kedah mengumumkan tidak akan memberi kelulusan lesen premis perjudian selain mengehadkan aktiviti penjualan arak di seluruh negeri khususnya di kawasan majoriti orang Melayu, berkuatkuasa serta-merta.

Perkembangan lain, Hareetaran meminta slogan “PAS untuk semua” diperkenalkan semula di semua bahan kempen, termasuk di sosial media dan ucapan pemimpin parti.

“Saya yakin PAS akan menjadi pilihan pengundi anak muda dalam PRU akan datang, memandangkan mereka tidak mempercayai parti lain,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.