
Dalam hantaran di Facebook rasmi MAIWP, berkata keluarga berkenaan memberi alasan tinggal di lokasi terbabit disebabkan faktor keselesaan dan keselamatan mereka, selain berada dekat dengan sekolah anak.
“MAIWP menasihatkan kepada mereka di luar sana yang terkesan atau berada dalam kesempitan hidup perlu bersedia untuk menurunkan gaya dan cara hidup.
“Kita seharusnya bijak menyesuaikan di antara keperluan dan juga kehendak seiring dengan kemampuan semasa. MAIWP sentiasa ada untuk membantu bagi meringankan beban dan kesusahan hidup yang mereka alami,” katanya dalam kenyataan.
MAIWP berkata, secara praktikalnya sesebuah keluarga yang sedang bergelut dengan masalah kewangan tidak akan mampu menghuni kediaman mewah sedemikian.
MAIWP dari Januari sehingga 21 Jul lalu, sejumlah lebih RM440 juta sudah diagihkan di bawah enam programnya antaranya membabitkan skim bantuan zakat, pendidikan, penyelenggaraan prasarana dan agihan kepada amil.