
Beliau berkata ia perlu supaya aktiviti tersebut tidak menyimpang daripada ajaran agama, nilai murni dan budaya ketimuran.
“Golongan yang tersilau dengan kegemerlapan tamadun Barat sering cuba menampilkan budaya asing untuk disogok kepada rakyat negara ini terutama generasi baharu sebagai sasaran utamanya.
“Dengan mengundang artis Barat terutama yang diketahui pendiriannya yang menyokong budaya songsang LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) merupakan satu dorongan dan rangsangan yang kuat kepada penyelewengan akhlak khususnya dalam kalangan anak-anak muda.
“Seterusnya situasi ini juga akan mengheret mereka ke arah melakukan jenayah, keganasan dan penagihan dadah,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Wan Salim berkata amat dikesali ketika negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-65, masih ada kalangan yang terus berusaha menghakis jati diri rakyat yang bersendikan ajaran agama, nilai akhlak dan tradisi ketimuran.
Minggu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berpendirian penganjuran konsert yang merosakkan tidak perlu diadakan di negara ini kerana sekiranya hiburan tanpa batasan menjadi budaya, ia akan membawa kepada pembinaan generasi yang pincang.