Kadar biasiswa pelajar tajaan JPA sedang dikaji selaras kenaikan inflasi

Kadar biasiswa pelajar tajaan JPA sedang dikaji selaras kenaikan inflasi

JPA sedang berbincang dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi menyelaraskan kadar biasiswa dan keputusannya akan diumumkan dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Shafiq Abdullah berkata JPA dan Mara sedang berbincang bagi menyelaraskan kadar biasiswa pelajar tajaan di luar negara. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Kadar biasiswa pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di luar negara sedang dikaji bagi tujuan penyelarasan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Shafiq Abdullah.

Buat masa ini, katanya JPA sedang berbincang dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi menyelaraskan kadar biasiswa dan keputusannya akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Ini kita tengah kaji, biasiswa JPA kita akan selaraskan kadar pemberian biasiswa di United Kingdom dan kita sedang bincang dengan Mara.

“Ada juga pelajar tajaan Mara, jadi kita akan selaraskan dan umumkan dalam sedikit masa lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA XVIII) di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Annuar Musa berkata berkata Jemaah Menteri bersetuju meluluskan semakan semula kadar biasiswa di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar khususnya Mara untuk semua pelajar di dalam dan luar negara.

Annuar berkata kerajaan turut mengambil maklum mengenai biasiswa lain berkaitan kerajaan termasuk JPA, bagi memastikan kadar biasiswa dinaikkan selaras dengan kenaikan kadar inflasi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.