
Mangsa ditemui 11.30 pagi semalam dalam keadaan terbaring dalam kebun yang juga tempat kerjanya.
Ketua Polis Baling, Shamsudin Mamat, berkata pemeriksaan awal mendapati mangsa luka di dahi kiri dipercayai terkena objek tajam dan lebam di bahagian belakang badan serta lengan kanan.
Berikutan itu, Shamsudin berkata, polis menahan rakan sekerja mangsa iaitu seorang lelaki warga asing dan majikan yang merupakan warga tempatan berusia 30-an dan 50-an.
“Seorang lagi lelaki yang juga warga asing, merupakan rakan sekerja mangsa masih bebas,” katanya menurut Sinar Harian.
Menurutnya, kedua-dua tangkapan dilakukan antara 3 hingga 5 petang semalam hasil serbuan dijalankan sekitar Baling.
“Suspek direman hingga 4 Sept depan bagi membantu siasatan,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.