
Katanya, pulau-pulau terbabit terdiri daripada Pulau Redang dan Pulau Perhentian di Terengganu, serta Pulau Tioman di Pahang.
Katanya, kertas cadangan mengenai inisiatif berkenaan telah dibentang kepada Jemaah Menteri Jumaat lepas.
“Kita cadang mulakan di Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Tadi Perdana Menteri (Ismail Sabri Yaakob) umum satu lagi pulau, iaitu Pulau Tioman,” katanya pada sidang media selepas perasmian Persidangan Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) Kelima 2022 oleh perdana menteri di sini hari ini.
“Kerajaan memang serius dan kita harapkan walaupun bukan seluruh negara, ada komponen seperti pulau-pulau ini yang gunakan 100% Tenaga Boleh Baharu.”
Dalam ucapannya, perdana menteri berkata, inisiatif perintis pembangunan Pulau Tenaga Hijau ini adalah antara empat sistem pembekalan elektrik negara.
Dalam pada itu, Takiyuddin berkata kajian “Malaysia Energy Transition Outlook” kini sedang disediakan kerajaan dengan kerjasama Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa dan dijangka siap sepenuhnya tahun depan.
“Ia penting kerana akan beri kita garis panduan bagaimana untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih 2050,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Takiyuddin berkata, ketetapan dasar serta inisiatif pembangunan tenaga lestari dijangka dapat mengurangkan 45% intensiti pelepasan gas rumah hijau (GHG) sektor bekalan elektrik.
Katanya, penetapan dasar serta inisiatif tersebut juga akan menghasilkan limpahan ekonomi melalui penjanaan pelaburan sehingga RM33 bilion dan mewujudkan 47,000 peluang pekerjaan langsung.
“Komitmen ini memerlukan gandingan usaha semua pemegang taruh dalam bidang tenaga lestari,” katanya.