Silap sebut ‘Singapura di Malaysia’, NatGeo UK ‘dibahan’ warganet

Silap sebut ‘Singapura di Malaysia’, NatGeo UK ‘dibahan’ warganet

Catatan mengiringi gambar Gardens by the Bay yang dimuat naik di akaun rasminya di Facebook itu menerima hampir 7,000 komen setakat ini.

Tangkap layar catatan Facebook National Geographic UK yang menjadi tular, menggambarkan Singapura terletak di Malaysia.
PETALING JAYA:
National Geographic UK (NatGeo) diejek warganet ekoran kesilapannya menyatakan Singapura terletak di Malaysia dalam catatan Facebook yang mengiringi gambar Gardens by the Bay yang popular.

“Dari Arkib: Sebuah keluarga dari India berjalan-jalan di Gardens by the Bay di Singapura, Malaysia,” menurut keterangan pada gambar tersebut.

Catatan itu, yang dimuat naik semalam, menjadi tular dengan ramai pengguna Facebook meninggalkan komen lucu, mengejek kesilapan NatGeo.

“Juga daripada Arkib: Panggung IMAX yang dibina dengan Vibranium di Wakanda, Johor Bahru,” komen Golden Screen Cinemas (GSC), diiringi gambar salah satu panggung wayangnya.

Sementara itu, syarikat media MGAG turut meninggalkan komen, disertai gambar Menara Telekom di Kuala Lumpur: “Daripada Arkib: Spiderman memanjat Menara Avengers, New York City, Malaysia”.

Setakat ini, catatan tersebut telah menerima hampir 7,000 komen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.