Menteri Sabah Jahid Jahim pengsan ketika berucap

Menteri Sabah Jahid Jahim pengsan ketika berucap

ADUN Tamparuli itu dipercayai mengalami keletihan melampau dan kini stabil selepas menerima rawatan di Hospital Pitas.

Jahid Jahim berada di Pitas untuk merasmikan sebuah projek berkaitan bekalan air yang juga sebuah projek tanggungjawab sosial korporat sebuah syarikat berkaitan kerajaan.
KOTA KINABALU:
Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Jahid Jahim pengsan ketika menyampaikan ucapan pada satu majlis di Pitas hari ini, namun kini dilaporkan beliau berada dalam keadaan stabil.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Joniston Bangkuai berkata beliau dimaklumkan Jahid, yang juga ADUN Tamparuli dipercayai mengalami keletihan melampau.

Beliau yang juga ADUN Kiulu itu berkata Jahid berada di Pitas untuk merasmikan sebuah projek berkaitan bekalan air yang juga sebuah projek tanggungjawab sosial korporat sebuah syarikat berkaitan kerajaan.

“Beliau dikejarkan ke Hospital Pitas untuk mendapatkan rawatan dan kini dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Terdahulu, tular di beberapa kumpulan aplikasi Whatsapp meminta ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) mendoakan kesihatan Jahid, 64, juga Timbalan Presiden parti itu dengan menunjukkan gambar Jahid yang sedang dirawat di hospital.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.