Azalina tegur PM berkait lantikan peguam negara

Azalina tegur PM berkait lantikan peguam negara

Ahli Parlimen Pengerang berkata kuasa peguam negara adalah sangat besar dan 'tidak boleh dipersoalkan'.

Azalina Othman Said memberikan ucapan pada taklimat khas presiden Umno di ibu pejabat parti di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said menegur Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan peguam negara.

Azalina yang juga penasihat khas kepada perdana menteri berkata, kuasa peguam negara adalah sangat besar dan “tidak boleh dipersoalkan”.

“Sesiapa yang jadi perdana menteri akan melantik orang dia untuk jadi peguam negara,” katanya ketika memberikan ucapan pada taklimat khas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi di ibu pejabat parti di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Idrus Harun dilantik peguam negara selepas Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri kelapan.

Terdahulu, taklimat presiden Umno itu dimulakan dengan penjelasan kes melibatkan Najib Razak berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan kes SRC International oleh peguam bekas perdana menteri itu, Muhammad Shafee Abdullah.

Hadir sama isteri Najib, Rosmah Mansor serta dua anaknya Nooryana Najwa dan Mohd Nizar.

Selasa lalu, Najib dihantar ke Penjara Kajang untuk memulakan hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dalam kes SRC International.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.