Kejohanan Badminton Dunia: 2 beregu campuran terkandas di suku akhir

Kejohanan Badminton Dunia: 2 beregu campuran terkandas di suku akhir

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai masing-masing tewas kepada beregu China dan Jepun.

Tan Kian Meng dan Lai Peng Jing beraksi di Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Dua beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai, ditunjukkan jalan keluar selepas tersingkir pada suku akhir Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, hari ini.

Kian Meng-Pei Jing, pilihan kelapan kejohanan, ternyata bukan tandingan kepada pilihan utama dari China, Zheng Si Wei- Huang Ya Qiong apabila mudah tewas straight set 9-21, 9-21, pada perlawanan di Tokyo Metropolitan Gymnasium.

Satu lagi beregu, Soon Huat-Shevon gagal menyaingi kehebatan pilihan ketiga, Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun, apabila tunduk 17-21, 13-21.

Harapan negara kini hanya tinggal kepada beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang juga pilihan keenam apabila dijadual menentang pasangan pilihan ketujuh, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India, di separuh akhir, esok.

Awal pagi tadi, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu berjaya membenam gandingan Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Seo Seung Jae, 21-18, 21-16.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.