
Harman Faiz Hassin, 30, yang dibebaskan dengan ikat jamin RM22,000, turut dijatuhi hukuman dua sebatan.
Panel tiga hakim dipengerusikan Kamaludin Md Said berkata, hakim Mahkamah Sesyen membuat keputusan yang tepat berdasarkan keterangan.
“Selepas membaca rekod rayuan dan mendengar hujahan, kami dapati sabitan itu kukuh,” kata Kamaludin.
Hakim lain bersidang bersamanya terdiri Ahmad Nasfy Yasin dan Azizul Azmi Adnan.
Mahkamah membenarkan rayuan Harman untuk mengurangkan hukuman penjara 10 tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi apabila mendengar rayuannya pada 2020. Panel mengekalkan hukuman dua sebatan yang dijatuhkan oleh mahkamah.
Pada 2019, Mahkamah Sesyen pada mulanya menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan memerintahkan Harman disebat enam kali.
“Dia masih muda ketika kesalahan itu dilakukan dan dia juga pesalah kali pertama,” kata Kamaludin.
Liwat membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Mahkamah mendengar bahawa Harman meliwat murid Tahun 6 itu di sebuah bilik asrama institut latihan guru di Besut, Terengganu, kira-kira 1 tengah hari 17 Sept 2016.
Harman diwakili peguam Jasbeer Singh Kaura, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fauziah Daud.