
Ia susulan keterangan diambil daripada individu tersebut yang berusia 30-an pada 16 Ogos lalu.
Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, berkata berdasarkan keterangan diambil, individu tersebut bertemu dengan Zalina pada Julai 2021 dan ketika pertemuan tersebut, Zalina dalam keadaan sihat serta seperti biasa sahaja.
“Orang terakhir itu adalah rakan kepada Zalina dan bukan ahli keluarga atau pekerja binaan,” katanya menurut Bernama.
Iqbal berkata, bagaimanapun hasil siasatan mendapati individu itu tidak mempunyai kaitan dengan kehilangan Zalina selain tiada perkembangan terbaru melibatkan kes itu sehingga kini.
Sebelum ini, polis menerima laporan mengenai kehilangan Zalina, 58, daripada anak lelakinya Mikhael Norman, 33, pada 29 Nov tahun lalu.
Anaknya cuba menghubungi Zalina sejak 24 Nov bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.
Namun, polis percaya Zalina masih berada dalam negara susulan tiada pergerakan keluar membabitkannya yang dikesan pihak berkuasa setakat ini.