
Bendahari Persatuan Penduduk Taman Sri Muda Zon D, Anbarasan Many, mengesahkannya ketika dihubungi FMT.
“Banjir melanda kira-kira jam 4 petang yadi dengan air memasuki sebilangan kediaman di Zon D,” katanya.
Katanya, ketika paras air mula surut selepas hujan reda seketika, hujan lebat kembali melanda.

Anbarasan berkata, bagaimanapun, pintu air untuk melepaskan air dari sistem pengairan hanya dibuka lingkungan 5 petang, satu jam setengah selepas kawasan itu dilanda banjir.
Video dan gambar dimuat naik di media sosial menunjukkan jalan di kawasan terbabit dilimpahi air dan sistem perparitan sudah mencapai kapasiti penuh.

Taman Sri Muda merupakan kawasan paling terus terjejas akibat banjir di Selangor, pada Disember tahun lalu.
Banyak kawasan ditenggelami air berhari-hari sejurus hujan lebat, pada 17 dan 18 Dis, yang mengakibatkan kematian lebih sedozen mangsa, selain menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada keluarga dan perniagaan.
Kawasan sama kembali dilanda banjir, pada akhir Januari, tahun ini.