
Ahli Parlimen Pasir Mas itu menegaskan, wakil rakyat PAS sentiasa aktif melibatkan diri dalam sesi perbahasan berbanding wakil DAP yang hanya membawa “sampah” di dalam Dewan Rakyat.
“Minta pemimpin DAP rujuk ucapan pemimpin PAS dalam Parlimen, setiap kali perbahasan Ahli Parlimen PAS begitu aktif ambil bahagian.
“Kadang-kadang orang begini datangnya dari parti yang kalau dilihat mutu perbahasan Ahli Parlimen mereka sendiri pun bila di dalam Parlimen tidak bawa idea tetapi bawa sampah dalam Dewan Rakyat,” katanya pada sidang media sempena Konvensyen Mahasiswa Malaysia 2022.

“Orang-orang seperti ini perlu cermin diri untuk lihat prestasi Ahli Parlimen mereka.”
Fadhli semalam mengecam penganjuran konsert ‘bertalu-talu’ di negara ini sambil menyifatkan ia ‘kerja gila’ dan “menjemput” kemurkaan Allah.
Kenyataan itu dibuat tidak sampai 24 jam selepas Konsert Billie Eilish: Happier Than Ever, The World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Kenyataan terbuka pemimpin PAS itu mendapat kritikan Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Dr Kelvin Yii yang meminta parti Islam itu keluar dari tempurung dengan menyelesaikan isu rakyat berbanding membantah kekerapan penganjuran konsert di negara ini.